85,650 akaun terjejas gangguan bekalan air di Kuantan

Iklan
Gangguan bekalan air di Kuantan dijadual berlaku selama 24 hingga 48 jam bermula Selasa.

KUANTAN – Seramai 85,650 pengguna di sekitar daerah ini dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 24 hingga 48 jam bermula Selasa susulan kerja kecemasan pembaikan kebocoran saluran paip di Rumah Pam Kobat Fasa 1.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu notis memaklumkan, gangguan bekalan air itu dijadualkan bermula pada jam 10 malam, 17 November hingga jam 10 malam, pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut notis berkenaan, kerja kecemasan itu membabitkan pembaikan kebocoran saluran paip berukuran 600 milimeter ke paip utama 1,200 milimeter Pam No.5 serta kerja-kerja berkaitan di Rumah Pam Kobat Fasa 1.

"Antara kawasan yang terlibat ialah Beserah hingga sempadan Chendor termasuk Batu Hitam, Balok, Sungai Ular, Cherating, Gebeng, kawasan perindustrian Gebeng, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan Pelabuhan Kuantan.

Iklan

"Gangguan turut melibatkan kawasan Semambu, Jalan Beserah, Alor Akar, Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Tanjung Api, Taman Gelora, Bukit Sekilau, Bukit Ubi, Galing, Setali, Air Putih, Bukit Setongkol dan Cenderawasih," katanya.

Selain itu, kawasan Indera Mahkota, KotaSAS, Kampung Tiram, Taman Shahzan, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Terminal Sentral Kuantan, Kampung Padang, Bukit Kuin, Batu Sawar dan Bukit Bangkong turut terjejas.

Iklan

Notis itu memaklumkan kawasan lain yang disenaraikan ialah Bukit Goh, Bukit Kuantan, sebahagian Tanjung Pasir, Tanjung Lumpur, Peramu, Telok Baru, Bandar Putra, Anak Air, Kempadang dan Alor Kangkung.

PAIP memaklumkan pengguna di kawasan terlibat akan mengalami putus bekalan air sepanjang tempoh kerja berkenaan.

"Tempoh pemulihan bekalan air pula dianggarkan mengambil masa antara 24 hingga 48 jam," jelas notis itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya bagi menghadapi gangguan berkenaan.