Polis cari Veaknes, keluar rumah sejak awal April

Iklan
Veaknes dilaporkan keluar dari rumahnya sejak awal April lalu.

GEORGE TOWN – Polis sedang giat mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak awal April lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, individu terbabit dikenali sebagai G Veaknes berusia 38 tahun dan kali terakhir dilihat pada 2 April lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita tersebut dipercayai keluar dari rumah namun tidak pulang sehingga ke hari ini sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarganya.

“Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah menjumpai individu berkenaan supaya tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Nibong Tebal, Inspektor Mohd Muzamir Ghazali di talian 017-5100056 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Tambahnya, kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu mengesan mangsa dengan segera.

Iklan