Monsun Timur Laut: 19 sekolah berisiko banjir, JPN Kedah aktif 'Ops Payung'
Iklan
Azhari (tiga dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke SMK Sultanah Asma sempena peperiksaan SPM 2026 di Alor Setar pada Isnin.
ALOR SETAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengenal pasti 19 sekolah membabitkan 1,590 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 berisiko terjejas akibat banjir susulan Monsun Timur Laut.
Pengarahnya, Azhari Abdul Rashid berkata, susulan itu, Ops Payung diaktifkan sebagai langkah kesiapsiagaan bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu sekiranya berlaku banjir.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sekolah terbabit terletak di enam daerah iaitu Baling, Kota Setar, Pendang, Yan, Kubang Pasu dan Padang Terap.
"JPN sudah menyediakan pelan operasi kecemasan termasuk mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif serta mengemas kini maklumat laluan keluar dan PPS (pusat pemindahan sementara) berhampiran.
Iklan
"Jawatankuasa Ops Payung serta Pasukan Tindak Balas Bencana di peringkat JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut diaktifkan," katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma sempena peperiksaan SPM di sini pada Isnin.
Seramai 30,980 calon berdaftar menduduki SPM 2026 di Kedah dengan 26,148 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan.
Iklan
Sebanyak 279 pusat peperiksaan disediakan termasuk di hospital, manakala 12,849 petugas ditugaskan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan.
Calon SPM SMK Sultanah Asma membaca doa sebelum menduduki peperiksaan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Azhari memberitahu, pihaknya turut menyediakan aset kecemasan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan cuaca dilakukan setiap hari berdasarkan maklumat dan laporan daripada agensi berkaitan bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku banjir.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini semua pusat peperiksaan berada dalam keadaan baik dan belum mengalami sebarang gangguan akibat banjir.
"Semua calon SPM dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mengutamakan keselamatan ketika menuju ke pusat peperiksaan.
"Calon juga disarankan tiba sekurang-kurangnya sejam lebih awal khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah atau lokasi sering dinaiki air," ujar beliau.
Tambah beliau, sebarang perubahan pusat peperiksaan akibat banjir akan dimaklumkan menerusi portal dan media sosial rasmi JPN serta PPD, selain saluran komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Lebih membimbangkan, antara pengubahsuaian yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang termasuk penggunaan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai tayar sotong, ekzos tanpa penyerap bunyi, lengan ayun belakang (swing arm) yang dipanjangkan sehingga menyebabkan sistem brek belakang tidak dapat dipasang serta pengubahsuaian enjin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805426/edisi/utara/sanggup-belanja-puluhan-ribu-ubah-suai-motosikal-akhirnya-disita-jpja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.