19,439 calon SPM Pulau Pinang mula duduki peperiksaan bertulis
Iklan
Mohamad Dziauddin (kiri) menyantuni calon SPM 2026 di SMKA Perempuan Al Mashoor pada Isnin.
GEORGE TOWN – Seramai 13 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Pulau Pinang akan menduduki peperiksaan bertulis di hospital susulan masalah kesihatan dengan kemudahan itu disediakan menerusi 16 pusat peperiksaan khas di hospital seluruh negeri.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, daripada jumlah berkenaan, tujuh calon berada di Seberang Perai Tengah (SPT) manakala masing-masing tiga calon di daerah Timur Laut (TL) dan Seberang Perai Utara (SPU).
Iklan
Iklan
Menurutnya, tiga daripada calon di Seberang Perai Tengah (SPT) merupakan murid yang mengikuti pembelajaran menerusi program Sekolah Dalam Hospital di Hospital Seberang Jaya.
Beliau berkata, seramai 19,439 calon keseluruhannya memulakan peperiksaan bertulis SPM 2026 hari ini dengan 154 pusat peperiksaan beroperasi di seluruh Pulau Pinang.
Iklan
Katanya, SPU merekodkan jumlah calon paling ramai iaitu 5,169 orang, diikuti TL (4,896), SPT (4,732), Seberang Perai Selatan (2,621) dan Barat Daya (2,021).
“Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 17,406 calon atau 89.5 peratus merupakan murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia manakala selebihnya terdiri daripada calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah swasta, persendirian dan sekolah menengah agama rakyat.
Iklan
“Peperiksaan ini berlangsung selama empat minggu sehingga 17 Disember depan,” katanya.
Mohamad Dziauddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Al Mashoor, di sini pada Isnin.
Mengulas mengenai penempatan pusat peperiksaan, beliau berkata, daerah TL mempunyai jumlah tertinggi iaitu 47 pusat, diikuti SPU (38), SPT (35), Seberang Perai Selatan (19) dan Barat Daya (15).
Dalam perkembangan sama, Mohamad Dziauddin berkata, seramai 1,505 petugas peperiksaan ditugaskan bagi memastikan kelancaran pengendalian peperiksaan termasuk 202 sukarelawan yang dilantik khusus untuk membantu mengurangkan beban tugas guru.
Menurutnya, penglibatan sukarelawan dalam peperiksaan SPM itu merupakan tahun keempat dilaksanakan dengan penyertaan mahasiswa universiti, Institut Pendidikan Guru (IPG) serta orang awam.
Sementara itu, Mohamad Dziauddin menambah, JPN Pulau Pinang turut memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan bencana dan gangguan sepanjang tempoh peperiksaan menerusi beberapa operasi khas.
Antaranya Operasi Payung bagi menghadapi risiko banjir, Operasi Topeng (jerebu), Operasi Gempa (bencana alam) dan Operasi Wabak (penyakit berjangkit).
Katanya, kerjasama dengan agensi berkaitan turut diselaraskan bagi memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, laluan ke pusat peperiksaan terputus atau kejadian banjir.
Langkah itu penting bagi memastikan calon tidak kehilangan peluang menduduki peperiksaan walaupun berdepan situasi luar jangka.
Lebih membimbangkan, antara pengubahsuaian yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang termasuk penggunaan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai tayar sotong, ekzos tanpa penyerap bunyi, lengan ayun belakang (swing arm) yang dipanjangkan sehingga menyebabkan sistem brek belakang tidak dapat dipasang serta pengubahsuaian enjin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805426/edisi/utara/sanggup-belanja-puluhan-ribu-ubah-suai-motosikal-akhirnya-disita-jpja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.