Ulat jadi petunjuk dua mayat membusuk atas bumbung masjid

Iklan
Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing sejak 1 Syawal lalu.

BREBES - Penemuan dua mayat mereput di sebuah masjid menggemparkan penduduk setempat.

Kejadian itu berlaku selepas penduduk di Desa Pangaradan, Kecamatan Tanjung, Kabupaten Brebes, wilayah Jawa Tengah di Indonesia berasa curiga setelah banyak ulat jatuh dari tingkat tiga Masjid Miftahul Jannah pada malam Rabu.

Iklan
Iklan

Mereka kemudiannya melaporkan kepada penjaga masjid tersebut yang bertindak segera melakukan pemeriksaan.

Ia sememangnya mengejutkan apabila dua jasad lelaki dengan kesan melecur yang sudah membusuk dijumpai di atas bumbung.

Iklan

Mereka dikenali sebagai Irwantoro, 29, dan Bambang Suherman, 42.

Rakaman video yang menjadi tular menunjukkan proses membawa turun jasad tersebut juga agak mencabar sebelum dihantar ke RSUD Brebes.

Iklan

Kedua-duanya dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing sejak 1 Syawal lalu.

Siasatan awal mendapati kematian mereka mungkin disebabkan terkena renjatan elektrik. - Agensi