UOB Malaysia sumbang RM500,000 untuk keperluan perubatan kritikal
Iklan
Sumbangan UOB Malaysia itu adalah sebahagian daripada usaha bantuan daripada seluruh indusri di bawah ABM untuk menyokong Mercy Malaysia. Gambar kecil: Kim Choong
UNITED Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) menyumbang sebanyak RM500,000 kepada Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) kepada Dana Pandemik Covid-19 Mercy Malaysia.
Dana itu ditubuhkan bagi menyediakan pekerja penjagaan kesihatan negara ini dengan peralatan perubatan kritikal mencukupi yang diperlukan untuk menjaga pesakit selain melindungi pekerja barisan hadapan yang menjalankan tugas tanpa mengenal penat lelah semasa penularan koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
Sumbangan UOB Malaysia itu adalah sebahagian daripada usaha bantuan daripada seluruh indusri di bawah ABM untuk menyokong Mercy Malaysia, sebuah pertubuhan bantuan sukarelawan yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan kemanusiaan.
Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Wong Kim Choong, berkata, sumbangan itu bertujuan memenuhi keperluan memperoleh lebih banyak lagi peralatan perubatan kritikal yang diperlukan untuk merawat bilangan pesakit Covid-19 yang semakin meningkat.
Iklan
"Sumbangan juga akan membantu menyediakan bekalan penting bagi keselamatan profesional perubatan dan barisan hadapan negara kerana merekalah yang melindungi dan menyelamatkan nyawa dalam perjuangan kolektif menentang virus ini,” katanya dalam satu kanyataan.
Tambahnya, sumbangan bank ke arah usaha kolektif ABM itu akan membantu menyokong kesiapsiagaan kritikal, kesediaan dan tindak balas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan.
Iklan
"Dana ini akan digunakan untuk menyediakan peralatan perubatan kritikal seperti ventilator, respirator penulen udara yang berkuasa dan kit ujian, selain menyediakan ruang pengasingan untuk rawatan pesakit.
"Malah, dana juga membolehkan pihak hospital mendapatkan bantuan sukarelawan tambahan untuk menjaga pesakit dan membantu dalam saringan kesihatan serta menyediakan makanan dan bekalan penting kepada doktor, sukarelawan dan pesakit,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>