ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 460 orang maut dan 4,309 lagi cedera di ibu negara Iran, Teheran, sejak bermulanya serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan.
Timbalan Ketua Jabatan Kesihatan Kecemasan Tehran, Mehr Soroush memberitahu penyiar awam IRIB News pada Selasa bahawa sebanyak 18 ambulans dan 18 pangkalan kecemasan di ibu negara itu turut mengalami kerosakan dalam serangan yang bermula sejak 28 Februari lepas.