Iran beri amaran akan guna peluru berpandu termaju, paling kuat lawan AS

Iklan
Ebrahim

TEHERAN - Iran memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa republik Islam itu masih menyimpan dan bersedia menggunakan senjata yang 'belum pernah dilihat sesiapa' selepas gelombang awal serangan balas terhadap AS dan Israel.

Jeneral Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Ebrahim Jabbari menegaskan, Trump perlu tahu bahawa Iran dilengkapi dengan keupayaan peluru berpandu termaju, canggih dan paling kuat untuk melawan AS.

Iklan
Iklan

"Pada permulaan perang, kami menembak apa sahaja yang kami ada bahagian bawah simpanan, tetapi apabila ia berterusan, Iran akan menggunakan peluru berpandu yang paling berkuasa.

"Perkara yang tidak pernah didedahkan sehingga kini, yang disembunyikan. Tetapi ia akan digunakan pada hari ini," katanya memetik laporan media antarabangsa.

Iklan

Menurut Ebrahim, senjata baharu itu akan muncul di medan peperangan dalam masa terdekat sebagai tindak balas terhadap apa yang mereka gambarkan sebagai agresif oleh Washington dan Tel Aviv.

Insiden ini berlaku di tengah ketegangan antara Iran, Amerika Syarikat dan sekutunya apabila Iran melancarkan serangan balas terhadap beberapa pangkalan ketenteraan AS dan wilayah Israel sebagai respons serangan sebelumnya.

Iklan

Sepanjang krisis ini, kedua-dua pihak saling memberi amaran dan mesej keras dengan Washington menuntut Iran 'letak senjata atau hadapi akibatnya' hingga Tehran menegaskan tindak balasnya 'tidak akan berhenti sehingga musuh kalah sepenuhnya'. - Agensi