KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen di sini mengarahkan wanita yang didakwa menikam ibunya dengan alat pembuka tin pada 20 Februari lalu dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Mustafah Hussin berkata, Hakim Hazeelia Muhammad mengeluarkan perintah supaya tertuduh, Faridah A. Harith, 55, menjalani pemeriksaan serta penilaian kesihatan mental mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.