Kutip caj motosikal untuk elak ulat parkir - MPSPK
Iklan
MPSPK mengambil maklum dakwaan yang dibangkitkan menerusi Facebook Penduduk Sungai Petani pada Rabu berhubung kutipan caj motosikal bersebelahan sebuah restoran nasi kandar di Sungai Petani.
SUNGAI PETANI – Kutipan caj parkir motosikal yang dilaksanakan bersebelahan sebuah restoran nasi kandar di sini sempena penganjuran Bazar Aidilfitri bertujuan untuk mengelak kehadiran ulat parkir.
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) berkata, pihaknya mengambil maklum dakwaan yang dibangkitkan menerusi Facebook Penduduk Sungai Petani pada Rabu berhubung kutipan bayaran di kawasan berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keputusan membenarkan pengurusan parkir dibuat susulan kewujudan ulat parkir yang sering menimbulkan masalah pada tahun-tahun sebelum ini, khususnya ketika penganjuran Bazar Aidilfitri dan suasana Ramadan yang sesak.
“Tomahan serta pelbagai spekulasi, antaranya berlaku kutipan bayaran secara tidak sah, risiko keselamatan kepada pemilik kenderaan dan pertikaian antara orang awam dengan individu tidak bertanggungjawab, boleh menjejaskan imej penganjuran bazar serta reputasi pihak berkuasa tempatan.
Iklan
“Justeru, satu mesyuarat khas telah diadakan dan bersetuju meluluskan permohonan daripada Kelab Sukan dan Kebajikan MPSPK (KESUKEM) bagi menguruskan parkir kenderaan di kawasan berkenaan sepanjang Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
MPSPK menjelaskan, walaupun petugas yang terlibat merupakan kakitangan MPSPK, tugasan tersebut dilaksanakan di bawah kapasiti kelab berkenaan.
Iklan
Menurutnya, dalam keadaan kawasan yang padat dan sibuk, penyelarasan rasmi adalah lebih selamat berbanding membiarkan lokasi parkir tanpa pemantauan sehingga membuka ruang kepada kegiatan ulat parkir.
“MPSPK memandang serius segala teguran dan ketidakpuasan hati yang disuarakan orang ramai.
“Sebagai langkah pembetulan segera, anggota penguat kuasa dan warden lalu lintas MPSPK beruniform telah ditempatkan di kawasan yang tular bagi memastikan kelancaran, mengurangkan kekeliruan serta menjamin keselamatan pengunjung sepanjang penganjuran Bazar Aidilfitri,” ujarnya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.