JPJ, NFCC kerjasama buru majikan gajikan pemandu warga asing

Iklan
Muhammad Kifli melihat lori yang disita kerana dipandu warga asing secara haram menerusi operasi khas di sekitar Balakong pada Isnin.

SEMENYIH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bagi melaksanakan tindakan bersepadu terhadap majikan dan syarikat yang menggajikan pekerja asing sebagai pemandu kenderaan secara haram bermula Isnin.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya melihat trend pemandu warga asing menunjukkan peningkatan.

Iklan
Iklan

Katanya, berikutan itu JPJ mengubah pendekatan penguatkuasaan dengan berkolaborasi bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta NFCC bagi mengambil tindakan terhadap majikan yang menggajikan pemandu warga asing.

“NFCC mempunyai bidang kuasa luas termasuk mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Iklan

“Kerjasama dengan NFCC membolehkan pihak berkuasa meneroka pendekatan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh termasuk siasatan kewangan serta kemungkinan kesalahan berkaitan penggajian tidak sah.

“Pemandu warga asing ini dikesan tidak memiliki lesen dan boleh menjurus kepada berlakunya kemalangan khususnya melibatkan kenderaan perdagangan. Kita mahu mengatasi kemalangan yang disebabkan oleh pemandu warga asing ini,” katanya dalam sidang akhbar di Stesen Penguat Kuasa JPJ Semenyih di sini pada Isnin.

Iklan

Muhammad Kifli melihat lori yang disita kerana dipandu warga asing secara haram menerusi operasi khas di sekitar Balakong pada Isnin.

Tambah beliau, JPJ telah mengenal pasti beberapa lokasi dan kilang yang menggajikan warga asing sebagai pemandu.

Katanya, JPJ memberi peringatan awal dan akan mengambil tindakan dalam masa terdekat.

“Apabila majikan berhenti menggaji pemandu yang tidak layak, masalah kemalangan membabitkan warga asing akan berkurangan dengan ketara.

“JPJ memberi amaran keras kepada pemilik kenderaan dan majikan supaya tidak membenarkan warga asing memandu tanpa kelayakan serta dokumen sah,” ujarnya.