TAMPIN - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 30.601 kilogram pada 12 Februari lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Farizul Fauzi Tukiman dan Eddy Sofian Abd Zabir masing-masing berusia 40 tahun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Redza Azhar Rezali kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.