Beberapa ahli Parlimen Bersatu Kelantan dalam ‘radar’

Iklan
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Beberapa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berada dalam ‘radar’ kerana kehadiran mereka dalam program anjuran individu yang dikenakan tindakan disiplin oleh parti.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor bagaimanapun menegaskan sebarang tindakan disiplin terhadap mana-mana wakil rakyat adalah di bawah bidang kuasa pucuk pimpinan pusat.

Iklan
Iklan

“Beberapa ahli Parlimen Bersatu Kelantan ini menjadi perhatian di semua radar, bukan radar negeri sahaja bahkan radar pusat juga.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor

Iklan

“Mereka ini sewajarnya menjangkakan tindakan yang bakal diambil tapi terserah kepada pihak Lembaga Disiplin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Apresiasi Pemain Industri Pelancongan dan Penggiat Seni Tahun 2025 di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Iklan

Kemelut dalaman parti itu memuncak dengan 17 pemimpin dipecat termasuk Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Jumaat.

Sebelum ini, 19 ahli Parlimen membabitkan mereka daripada Bersatu sertayang sudah dipecat keahlian menghadiri Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada Sabtu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kangar, Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, Ketereh, Tanah Merah dan Machang.

"Selain itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Tasek Gelugor, Gerik, Padang Rengas, Lumut, Indera Mahkota, Rompin, Sabak Bernam, Sungai Besar, Masjid Tanah, Mersing dan Larut.

Ahli Parlimen Bersatu, Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh) terbabit sebelum ini juga mengesahkan beliau antara yang menandatangani akuan bersumpah (SD) mendesak Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berundur.

Kamarudin berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana ahli untuk bersama atau terlibat dalam perjumpaan berkait dengan individu yang sudah dipecat itu seperti mana peringatan tegas oleh pucuk pimpinan pusat.

“Setiausaha Agung mengeluarkan kenyataan bahawa ahli tidak boleh terlibat dalam sebarang perjumpaan atau perhimpunan yang dianjurkan oleh individu dipecat Lembaga Disiplin.

“Jika ada penglibatan, mereka boleh dianggap melanggar Perlembagaan parti dan tertakluk kepada tindakan disiplin,” katanya.