UMNO terbuka terima kembali pemimpin Bersatu, jika ada permohonan - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad Maslan

PONTIAN – UMNO tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan kemasukan mana-mana pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya terdapat permohonan rasmi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang penyertaan atau kemasukan ke dalam parti tertakluk kepada pertimbangan MKT UMNO.

Iklan
Iklan

“Kita (UMNO) tegas dengan pendirian bahawa parti ini tidak berniat mengambil kesempatan terhadap perpecahan parti lawan.

“Sebaliknya, UMNO mahu terus memperkukuh kedudukan parti berlandaskan kekuatan sendiri, prinsip perjuangan serta sokongan akar umbi,” ujarnya pada sidang akhbar di Dewan Jubli Intan selepas majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pontian.

Iklan

Sebelum itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan berdepan krisis apabila Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan 16 pemimpin lain dipecat.

Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor menjelaskan, ketika Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu, Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggariskan tiga kerangka politik utama sebagai panduan masa hadapan.

Iklan

“Konsep ‘Rumah Bangsa’, ‘Masyarakat Nasional’ dan ‘Kolaborasi Agung’. Ketiga-tiga prinsip ini menjadi asas kepada sebarang pertimbangan strategik termasuk isu penyertaan tokoh politik dari parti lain.

“UMNO kekal berjiwa besar dan terbuka, namun setiap keputusan mesti dibuat secara berhemah dan berlandaskan perlembagaan serta prinsip parti,” katanya.

Pada 15 Januari lalu, Ahmad Zahid dilaporkan mengalu-alukan mana-mana wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini daripada UMNO untuk kembali menyertai parti berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tawaran itu dibuat ketika Taklimat Presiden UMNO yang berlangsung secara tertutup pada Rabu.