Hamzah mungkin pilih Pas sebagai destinasi politik
Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kiri: Mohd Azhar
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat berpotensi menjadikan Pas sebagai destinasi politik seterusnya berdasarkan pertimbangan pragmatik.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid berpandangan, hubungan baik antara Hamzah dengan kepimpinan tertinggi Pas juga berpotensi memudahkan beliau diterima dalam parti.