Tragedi tertembak anak AR Badul: Sesi soal balas saksi ditangguh, eksibit bendera tidak dibawa ke mahkamah

Iklan
Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya

KOTA KINABALU - Sesi pemeriksaan balas saksi ketiga pihak pembelaan terpaksa ditangguhkan susulan bahan eksibit iaitu bendera yang sepatutnya dikemukakan tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi semasa prosiding berlangsung.

Dalam pemeriksaan balas yang dikendalikan peguam Datuk Ansari Abdullah, saksi Koperal Muhammad Idzham Ramalan, 31, ditanya mengenai gimik disertai enam tahun lalu oleh defendan pertama, Kolonel Mohd Razahar Rashid, yang membawa eksibit berupa beg dan bendera.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, semasa eksibit D13 iaitu bendera mahu dikemukakan, ia tidak berada di mahkamah semasa prosiding berlangsung.

Peguam Persekutuan Wan Nur Muhammad Ehsan Alauddin memaklumkan bahawa bendera berkenaan tidak dapat dibawa ke mahkamah kerana sedang digunakan dalam upacara rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Iklan

Menjawab perkara itu, Ansari menyatakan perkara itu amat mengejutkan kerana Hakim telah mengarahkan bahawa eksibit fizikal yang berada di dalam jagaan defendan, perlu dibawa ke mahkamah untuk sambungan perbicaraan.

Wan Nur Muhammad Ehsan kemudian menjelaskan bahawa pihak mereka mempunyai gambar eksibit tersebut yang boleh digunakan untuk ditunjukkan kepada saksi.

Iklan

"Kenapa ATM perlu menggunakan exhibit mahkamah? Tiada bendera lain yang boleh digunakan di seluruh Malaysia," kata Ansari yang mempersoalkan ketiadaan eksibit tersebut di mahkamah.

Bagaimapun, pihak pembelaan mempertahankan perkara itu dengan mengatakan pihak defendan memaklumkan bahawa di Kota Kinabalu hanya ada satu bendera yang tersedia.

Susulan itu, mahkamah bersetuju untuk menangguhkan soal balas saksi dan diteruskan dengan saksi baharu pada Khamis.

Sebelum itu, ahli keluarga Allahyarham melalui pasukan peguam mereka telah memulakan prosiding tuntutan saman terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Prosiding tersebut didengar oleh Hakim Datuk Alexander Siew How Wai.

Pasukan peguam plaintif diwakili oleh Ansari bersama anaknya, Erveana dan Noor Shazwani Sapri manakala pasukan pembelaan defendan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb dan Peguam Persekutuan, Siti Norashikin Hassanor serta Wan Nur Muhammad Ehsan.

Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya, 36, yang juga anak kepada pelakon popular A R Badul disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, pada 4 September 2019.