Kluster tibi di Kota Tinggi terkawal, penduduk ambil langkah berjaga-jaga
Iklan
Rahayu menjalankan perniagaan gerai makan seperti biasa.
KOTA TINGGI – Keadaan kluster Tuberkulosis (tibi) yang dikesan di tiga lokaliti iaitu di Felda Sungai Mas, Bandar Sungai Mas dan Felda Papan Timur di sini berada dalam keadaan terkawal.
Hasil tinjauan di kawasan berkenaan mendapati penduduk terus menjalankan aktiviti seharian seperti biasa termasuk urusan perniagaan dan persekolahan.
Iklan
Iklan
Situasi itu sekali gus menafikan penularan maklumat di media sosial yang mendakwa Kementerian Kesihatan cuba menyembunyikan fakta sebenar berkenaan penyebaran wabak tibi yang kononnya sudah mengorbankan beberapa nyawa.
Tinjauan juga mendapati terdapat papan iklan digital di laluan utama di Felda Sungai Mas memaparkan maklumat mengenai pencegahan tibi dan tindakan langkah penjagaan kesihatan sebagai panduan buat penduduk untuk meniaga kesihatan diri.
Iklan
Peniaga kedai makan di Medan Selera Hentian Bandar Mas, Normah Muhamad, 51, berkata, maklumat tular itu tidak benar sama sekali setelah pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan pantas membuat saringan.
"Dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan terdapat beberapa kematian adalah tidak benar.
Iklan
"Mereka yang mempunyai simptom berkaitan sahaja perlu ke klinik kesihatan untuk membuat saringan.
Penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
"Ini bukan macam zaman Covid-19, namun penduduk turut dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Pihak sekolah turut menasihatkan pelajar untuk menjaga kebersihan," katanya yang tinggal di Felda Papan Timur.
Bagi Rahayu Musran, 45 yang tinggal di Felda Sungai Mas pula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan pergerakan di luar rumah bagi mengelakkan risiko jangkitan.
"Walaupun situasi terkawal, tetapi risau juga sekiranya kalau ada anak-anak dan cucu yang berjangkit.
"Saya juga selalu pastikan rumah sentiasa bersih dan kerap minum air masak," ujarnya.
Rahayu menjalankan perniagaan gerai makan seperti biasa.
Khamis lalu, KKM mengesahkan berlaku wabak Tibi di tiga lokaliti di daerah Kota Tinggi dengan 33 kes dikesan setakat ini.
Wabak itu dikesan pada 25 Januari lalu menerusi aktiviti pengesanan kes aktif kepada 804 kontak rapat.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.