Kanak-kanak Australia mangsa serangan jerung meninggal dunia di hospital

Iklan
Nico Antic diserang seekor jerung yang dipercayai daripada spesies "bull shark" di Pelabuhan Sydney. - Agensi

SYDNEY - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mengalami kecederaan kritikal akibat serangan jerung di sebuah pantai di Pelabuhan Sydney, meninggal dunia di hospital, menurut kenyataan keluarganya pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Nico Antic diserang seekor jerung yang dipercayai daripada spesies"bull shark" selepas terjun dari sebuah batu ke dalam air di sebuah pantai di pesisir selatan Pelabuhan Sydney pada petang Ahad lepas.

Iklan
Iklan

Mangsa berjaya ditarik keluar dari air oleh rakan-rakannya sebelum dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Sydney dengan kecederaan kritikal pada kedua-dua belah kakinya.

Insiden pada petang Ahad itu merupakan yang pertama daripada empat serangan jerung yang berlaku di pantai-pantai di negeri New South Wales (NSW) dalam tempoh 48 jam.

Iklan

Dalam serangan ketiga yang berlaku di utara Sydney pada Isnin, seorang lelaki berusia 27 tahun turut dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian kaki.

Keluarganya pada Rabu memaklumkan bahawa mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecemasan. - Bernama

Iklan