Nasihat sudah, amaran pun sudah tapi masih degil

Iklan
Kawasan pantai terutama di Pantai Timur lebih berisiko tinggi berbanding kawasan Pantai Barat yang lebih landai dan ombak tidak terlalu kuat.

SABAN tahun menyaksikan ramai yang terkorban kerana ditelan ombak sekitar perairan Pantai Timur.

Sudah banyak air mata yang mengalir kerana kehilangan insan tersayang yang ditimpa tragedi malang itu dan awal Januari tahun ini sahaja sudah dua nyawa terkorban.

Iklan
Iklan

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, sepanjang tahun 2020 hingga Ogos 2025, seramai 336 orang mati lemas di laut.

Ini kerana kawasan pantai terutama di Pantai Timur lebih berisiko tinggi berbanding kawasan Pantai Barat yang lebih landai dan ombak tidak terlalu kuat.

Iklan

Disebabkan itu, setiap kali tiba musim monsun, pihak berkuasa akan pasang bendera merah menandakan kawasan pantai berbahaya untuk aktiviti terutama mandi manda di laut.

Malangnya, ramai tidak endahkan dan ambil mudah dengan amaran dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Iklan

Perbuatan ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah menyebabkan keluarga kehilangan insan yang mungkin menjadi tulang belakang penting keluarga.

Nasihat sudah diberikan, papan tanda amaran juga dibuat, tetapi malangnya tiada yang ambil iktibar dengan tragedi yang pernah berlaku sebelum ini.

Kalau beginilah sikap orang ramai, Merak Jalanan rasa mungkin kerajaan kena buat undang-undang baharu melarang sebarang aktiviti dan mengenakan tindakan undang-undang yang tegas setiap kali tiba monsun.