Aaron-Wooi Yik dah cuba sehabis baik, wajar dipuji

Iklan
Aaron-Wooi Yik berjuang sehabis baik untuk membawa beregu lelaki negara ke pentas final Terbuka Malaysia.

MERAK Jalanan nak kongsikan cerita menarik daripada Terbuka Malaysia yang berakhir Ahad lepas.

Walaupun fokus rakyat Malaysia selalu pada bola sepak, sukan badminton tetap menjadi sukan kedua paling digemari dan setiap kali wakil negara beraksi, hati peminat tetap berdebar.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan teringat waktu sekolah dulu, kalau kalah dalam permainan badminton, mood Merak Jalanan terus merosot sepanjang hari. Tapi kalau menang, esok ke sekolah terasa bangga, rasa macam hero!

Begitulah rasa peminat ketika melihat Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjuang sehabis baik untuk membawa beregu lelaki negara ke pentas final Terbuka Malaysia.

Iklan

Aaron-Wooi Yik dah cuba sehabis baik dan Merak Jalanan kagum dengan usaha mereka. Dalam situasi genting, jelas mereka masih ada sikap kurang yakin untuk menafikan peluang lawan, tetapi semangat dan teknik mereka tetap membuat penonton terpukau.

Merak Jalanan suka bila melihat kepantasan dan ketangkasan mereka di gelanggang, walaupun ada pihak yang suka komen negatif, nak mengata “Malaysia tak boleh menang”. Huh, Merak Jalanan nak kata, cuba sendiri main dengan tekanan macam itu, baru tahu susahnya!

Iklan

Merak Jalanan mahu mereka tampil lebih power dalam serangan dan bawa pengalaman ini ke perlawanan seterusnya.

Peminat Malaysia teringin setiap kali ada game, pasti mahu wakil negara beraksi.

Setiap smash, setiap lob, memberi inspirasi bukan sahaja pada pemain, tetapi juga pada generasi muda yang membesar dengan raket di tangan.

Walaupun Aaron-Wooi Yik belum berjaya menjuarai Terbuka Malaysia, usaha mereka sudah cukup untuk diberi tepukan gemuruh.