Budaya ‘siapa besar, dia raja jalan’ sampai bila?

Iklan
Golongan kenderaan berat ini dengan selamba menjadikan lebuh raya sebagai trek perlumbaan, malah saling memotong termasuk di laluan laju dengan alasan 'mengejar' trip. Gambar hiasan 123rf.

ISU pemanduan berbahaya melibatkan bas dan lori acap kali diperkatakan dan sudah menjadi sebahagian daripada ‘pemandangan biasa’ di lebuh raya.

Sebagai pengguna harian lebuh raya, Merak Jalanan sudah lali dan tidak lagi terkejut melihat bas dan lori beradu siapa lebih laju tanpa menghiraukan keselamatan pemandu lain.

Iklan
Iklan

Golongan kenderaan berat ini dengan selamba menjadikan lebuh raya sebagai trek perlumbaan, malah saling memotong termasuk di laluan laju dengan alasan 'mengejar' trip.

Aktiviti mereka semakin rancak terutamanya pada waktu malam. Bila Merak Jalanan berada di laluan tengah dengan kelajuan sederhana, pemandu lori di belakang sengaja beri lampu tinggi dan mengekori dari jarak dekat.

Iklan

Tidak cukup dengan saiz lori yang sudah menggerunkan, sesetengah pemandu menambah ‘kesan khas’ dengan lampu tinggi tambahan terang-benderang selain ada berbentuk mata besar. Dari jauh nampak seperti jelingan garang, dari jarak dekat pula seperti kenderaan kecil sedang ditenung tajam.

Tetapi, mereka mungkin tidak sedar, pertunjukan lampu seperti funfair itu sebenarnya mengganggu pandangan dan pemanduan pengguna lain, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Iklan

Setiap kali berita melibatkan nahas bas dan lori, pasti ada nyawa terkorban.

Memanglah malang tidak berbau, namun tanda bahaya sudah ada. Salah satu faktor adalah pemanduan agresif dan orang lain yang terpaksa menanggung akibat kecuaian pemandu tidak bertanggungjawab ini.

Sampai bila kenderaan kecil perlu mengalah kerana budaya ‘siapa besar, dia raja jalan’.