Ayah dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan anak lelaki

Iklan
Penduduk berada di lokasi Mohamad Fakarudin dikhuatiri lemas di i Sungai Relai, RKT Kesedar Lebir 1 di Gua Musang.

GUA MUSANG – Seorang ayah dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya berusia 10 tahun yang dihanyutkan arus deras Sungai Relai di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir 1, di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Mohamad Fakarudin Abdul Halim @ Awang, 40, dikatakan tenggelam selepas berjaya menyelamatkan anaknya sebelum dihanyutkan arus deras sungai.

Iklan
Iklan

Rakannya, Mohamad Zukhairul Ismail, 40, berkata, semasa kejadian, isteri serta anaknya ke sungai berkenaan bersama Mohamad Fakarudin dan keluarganya.

“Kejadian itu berlaku apabila anak lelaki Mohamad Fakarudin dikatakan mahu mengambil seliparnya yang dihanyutkan air di kawasan cetek.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Mohamad Fakarudin dikatakan tenggelam selepas berjaya menyelamatkan anaknya sebelum dihanyutkan arus deras sungai.

“Kemudian anaknya itu dihanyutkan arus deras. Rakan kami ini cuba menyelamatkan anaknya.

Iklan

“Pada awalnya mereka berdua tenggelam, kemudian timbul kembali dan Mohamad Fakarudin dikatakan telah mencampak anaknya ke tebing sebelum dia dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, anak lelaki Mohamad Fakarudin yang berpaut pada tebing sungai telah diselamatkan oleh seorang lagi anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

Ujarnya, dia tidak berada di lokasi kejadian kerana sedang bekerja dan terus bergegas ke sana selepas menerima panggilan daripada anaknya yang memaklumkan kejadian tersebut.

Lokasi di mana Mohamad Fakarudin dikhuatiri lemas di Sungai Relai, RKT Kesedar Lebir 1 di Gua Musang.

Mohamad Zukhairul memberitahu, mereka kemudian menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan dan orang ramai turut membantu mencari Mohamad Fakarudin.

“Namun sehingga kini, dia masih belum ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh, memberitahu bahawa mereka tiba di lokasi sekitar jam 5.30 petang.

Beliau berkata, seramai lapan anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut.