Nahas bas ekspres: Pemandu bas ditahan

Iklan
Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang polis bantuan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini pada Ahad, ditahan bagi membantu siasatan.

GOMBAK – Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang polis bantuan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini pada Ahad, ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah menahan pemandu bas berkenaan pada hari sama.

Iklan
Iklan

"Pemandu bas terbabit ditahan semalam sebelum dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman dan diberikan tempoh reman selama satu hari," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad media melaporkan, sebuah bas ekspres yang hilang kawalan semasa berada di lorong kanan sebelum melintang di tengah lebuh raya dipercayai punca kemalangan yang menyebabkan penumpangnya maut dirempuh lori.

Iklan

Noor Ariffin dilaporkan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.45 pagi, manakala siasatan awal mendapati kemalangan berkenaan berlaku sekitar jam 5.45 pagi.

Kejadian dipercayai berpunca apabila pemandu bas yang sedang bergerak di lorong kanan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan, menyebabkan bas berkenaan melintang di tengah lebuh raya.

Iklan

Akibat daripada keadaan itu, sebuah lori bonded dan sebuah motosikal yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri bas tersebut.

Beliau berkata, seorang penumpang bas disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, manakala pemandu lori, penunggang motosikal serta tujuh penumpang bas lain mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital sama.

Pemandu bas dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.