Chegubard kemalangan elak haiwan melintas

Iklan
Keadaan pacuan empat roda dipandu Chegubard selepas terbabit kemalangan.

REMBAU – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard terlibat dalam kemalangan ketika cuba mengelak haiwan di Kilometer 7.3, Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina di sini pada Khamis

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berlaku ketika beliau memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, dalam perjalanan dari arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau menuju Kampung Lada Chengkau melalui Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina.

Iklan
Iklan

“Difahamkan sebaik tiba di lokasi, terdapat seekor haiwan yang tidak dikenal pasti melintas dari arah sebelah kanan ke kiri jalan.

"Beliau cuba mengelak, namun kenderaannya telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri serta terlanggar tiang jambatan lebuh raya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan termasuk tayar hadapan kiri pecah, bumper hadapan pecah dan bonet hadapan kemik.

Bagaimanapun katanya, pemandu tidak mengalami kenderaan.

Iklan

Sementara itu, Chegubard dalam perkongsian di Facebooknya meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.