Enam lokasi berisiko Covid-19 dinyahcemar di Kelantan
Iklan
Md Salleh memeriksa kelengkapan peralatan pelindungan diri yang gunakan anggotanya sebelum memulakan operasi nyahcemar di Pasar Tok Guru.
KOTA BHARU - Enam lokasi berisiko penularan wabak koronavirus (Covid-19) di zon merah di Kelantan sudah dinyahcemar bermula semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Md Salleh Sarbini berkata, antara lokasi terbabit ialah kawasan perumahan dan kawasan yang berisiko tinggi terkena jangkitan Covid-19.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, selain premis, kawasan laluan awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga akan dinyahcemar mengikut saranan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mengikut data yang dikeluarkan KKM, kawasan Pasar Tok Guru antara kawasan melibatkan jangkitan Covid-19,” katanya kepada media hari ini.
Iklan
Terdahulu beliau mengetuai Program Sanitasi Awam-Covid-19 di Pasar Tok Guru, Pengkalan Chepa bermula jam 10 pagi tadi.
Pasukan Hazmat JBPM Kelantan membuat semburan di dalam kawasan Pasar Tok Guru hari ini.
Seramai 110 anggota dari beberapa agensi iaitu JBPM Kelantan, Polis, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Badan Raya Islam dan KKM menyertai operasi tersebut.
Iklan
Katanya, lokasi lain yang terlibat ialah Penjara Pengkalan Chepa dan Pasar Siti Khatijah.
"Nyahcemar ini akan dibuat secara berterusan selaras arahan kementerian sebagai langkah berjaga-jaga mengekang penularan wabak Covid-19.
"JBPM sentiasa bekerjasama membantu agensi yang memerlukan bantuan dan khidmat jabatan dalam menangani wabak Covid-19,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>