‘Remaja kecil’ bersemangat ke sekolah walau terpaksa didukung

Iklan
Siti Nur Najwa (kiri) didukung ibunya untuk ke kelas.

TUMPAT - Seorang ‘remaja kecil’ yang hanya berketinggian kira-kira 90 sentimeter bersemangat ke sekolah walaupun terpaksa didukung ibunya di Pulau Beluru di sini.

Siti Nur Najwa Zulkifli, 19, bangun awal pagi pada hari pertama persekolahan dengan memakai kasut baharu untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Beluru Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11).

Iklan
Iklan

Ibunya, Siti Rasidah Mamat, 49, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu menghidap masalah tulang sejak kecil menyebabkan tulang belakang, tangan, betis dan kaki bengkok selain tumbesaran terbantut.

“Setiap kali berjalan jauh, dia cepat lenguh dan perlu saya dukung untuk ke sekolah.

Iklan

“Hari ini dia bangun awal, bersiap untuk ke sekolah bersama adik bongsu Darjah 1,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan pada Ahad.

Siti Nur Najwa (kiri) dan adiknya berjalan bersama ibu mereka pada hari pertama persekolahan.

Siti Nur Najwa yang memiliki berat 15 kilogram dan lebih rendah daripada adiknya itu, mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah berkenaan dan baharu boleh menyebut beberapa patah perkataan selepas bersekolah sejak usia 13 tahun.

Iklan

Kata Siti Rasidah, untuk ke sekolah, Siti Nur Najwa dan adiknya, Mohamad Rizqi perlu menaiki bot dari rumah di Pulau Tongkang ke Pulau Beluru.

“Tambang bot sehari pergi balik RM3 dan saya akan temani mereka menaiki bot serta berjalan masuk sampai ke kelas,” ujarnya.

Siti Nur Najwa menghidap masalah tulang sejak kecil menyebabkan tulang belakang, tangan, betis dan kaki bengkok selain tumbesaran terbantut.

Siti Nur Najwa disediakan meja dan kerusi bersesuaian selain uniform khas yang muat dengan fizikalnya.

“Anak saya ni malu kalau ramai orang melihatnya. Kalau ke tandas pun, cikgu kena teman,” katanya.

Siti Rasidah menambah, dia dan suami, Zulkifli Mustapha, 47, terus memastikan rawatan dan pengambilan vitamin kalsium bulanan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia supaya anak mereka sihat dapat terus belajar.