ADUN Galas sengkang mata 2 pagi tinjau kerja turap jalan
Iklan
Mohd Syahbuddin meninjau sendiri kerja-kerja penurapan Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Lepan Jaya. Foto FB ADUN Galas
GUA MUSANG - Ketika kebanyakan rakyat lena dibuai mimpi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim memilih untuk turun padang meninjau sendiri kerja-kerja penurapan Jalan Gua Musang–Kuala Lipis di Kampung Lepan Jaya di sini, kira-kira jam 2 pagi.
Tindakan itu susulan keadaan jalan rosak berhampiran Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3D yang sebelum ini tular di media sosial dan menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya.
Iklan
Iklan
Perkongsian Mohd Syahbuddin yang turun padang melihat sendiri kerja-kerja menurap laluan itu menerusi Facebook miliknya yang dimuat naik sekitar 2.30 pagi itu mendapat tanda suka lebih 2,500 pengguna laman sosial itu.
Bukan itu sahaja, status tersebut dikongsi lebih 126 pengguna, selain menerima 500 komen yang rata-rata memuji tindakan wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) itu.
Iklan
Kerja-kerja penurapan Jalan Gua Musang–Kuala Lipis di Kampung Lepan Jaya. Foto FB ADUN Galas
Mohd Syahbuddin berkata, laungan kecil yang berbunyi 'Terima kasih YB, bekki jalan' membuatkan beliau terus bersemangat untuk melihat kerja-kerja menurap laluan tersebut.
Iklan
“Katalah apa pun, biarlah. Waktu orang lain lena, amanah masih berjalan,” tulisnya ringkas.
Menurut beliau, kerja-kerja penurapan jalan rosak itu selesai jam 6 pagi.
"Next (berikutnya), jalan depan Taman Wangi pula... 'lubang congkok puaka'," ujarnya.
Jalan tersebut baru-baru ini tular di media sosial apabila pengguna jalan raya yang ingin pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur terkandas selama lebih empat jam.Foto FB ADUN Galas
Mohd Syahbuddin turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kerja Raya serta kontraktor Pakej 3D atas komitmen melaksanakan projek walaupun di luar waktu biasa.
Sebelum ini, laluan berkenaan tular di media sosial apabila pengguna jalan raya yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur terkandas lebih empat jam pada cuti hujung minggu lalu akibat keadaan jalan yang teruk.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.