'Kutipan parkir RM3 di Pantai Klebang kerja haram'

Iklan
Kutipan parkir RM3 yang mula beroperasi di Pantai Klebang pada hujung minggu lalu disahkan haram

MELAKA - Kutipan parkir RM3 yang mula beroperasi di Pantai Klebang pada hujung minggu lalu disahkan haram dan telah diambil tindakan serta-merta oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas isu itu tular di media sosial pada Ahad.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, kemudahan itu tidak dikenakan sebarang bayaran dan masih percuma kepada orang awam.

Iklan
Iklan

“Sejurus isu tersebut tular di media sosial, anggota penguat kuasa kami telah turun ke lokasi malam Ahad mendapati kutipan RM3 itu beroperasi secara tidak sah

“Namun, tiada kelibat ‘ulat parkir’ kelihatan sewaktu pemeriksaan dijalankan selepas sedar kegiatan mereka tular,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas isu ditularkan seorang pengunjung di media sosial berkongsi resit bayaran parkir bernilai RM3 di pantai itu.

Situasi itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna susulan tiada caj parkir diikenakan ke kawasan tumpuan awam itu sebelum ini.

Iklan

Shadan berkata, kegiatan tersebut turut dilaporkan di beberapa lokasi lain dipercayai ada pihak mengambil kesempatan dengan kehadiran pengunjung di lokasi tumpuan khususnya pada hujung minggu dan cuti sekolah.

“Mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti kutipan parkir perlu mendapatkan permit dan lesen daripada MBMB yang dipamerkan untuk rujukan pengguna.

“Bagaimanapun setakat ini MBMB tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana syarikat atau individu untuk menjalankan kutipan parkir di Pantai Klebang,” katanya.

Katanya, MBMB akan terus menjalankan pemantauan berkala dan operasi penguatkuasaan secara mengejut bagi membanteras aktiviti kutipan parkir haram khususnya di kawasan tumpuan.