'Setiap minit wang masuk' - Ibu Aisy syukur dana terus bertambah
Iklan
Anisah bersama anaknya, Aisy Nur Dareesa.
MELAKA - Ibu kepada Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan yang menghidap Sindrom Alagille meluahkan rasa syukur apabila kutipan dana bagi pembedahan pemindahan hati anaknya kini meningkat kepada RM62,000.
Anisah Ab Rahim, 33, berkata, sebelum ini jumlah terkumpul adalah sebanyak RM37,000, namun setakat jam 9 pagi ini angka itu meningkat hampir sekali ganda selepas kisah anaknya yang berusia tiga tahun itu dilaporkan media.
Iklan
Iklan
Menurutnya, peningkatan sumbangan itu diterima melalui akaun peribadi selain kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mengumpul dana pembedahan di Hospital Renji, Shanghai, China.
“Alhamdulillah, saya sangat terharu apabila berita mengenai keadaan Aisy mendapat perhatian orang awam yang tampil menyalurkan sumbangan. Setiap minit ada sahaja wang masuk.
Iklan
“Saya sendiri berdebar apabila melihat wang masuk ke akaun bertalu-talu. Pada mulanya tertanya-tanya juga dari mana datangnya wang itu, rupa-rupanya hasil sumbangan orang ramai selepas berita disiarkan. Alhamdulillah, syukur sangat ada peningkatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Aisy Nur Dareesa memerlukan dana RM185,000 bagi kos pembedahan tersebut.
Iklan
Aisy Nur Dareesa menghidap Sindrom Alagille, iaitu penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Anak kecil itu dilahirkan pramatang dan seawal usia tiga bulan telah menjalani pembedahan Kasai di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Anisah berkata, besar harapannya agar jumlah kutipan yang diperlukan itu dapat dicukupkan dalam tempoh kurang tiga bulan bagi membolehkan pembedahan dilakukan dengan segera.
“Harapan saya agar dana dapat dikumpulkan secepat mungkin untuk mempercepatkan urusan pembedahan, namun semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan.
“Keadaannya ketika ini stabil, namun kita tidak tahu keadaan pada masa akan datang. Saya risau berlaku komplikasi jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera.
“Lagi cepat pembedahan dilakukan, lagi bagus supaya Aisy dapat kembali sihat seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.