Masalah peribadi, kesihatan dan kewangan alasan 18 peratus jemaah tangguh tawaran haji

Iklan
Zulkifli (tiga dari kiri) menyerahkan simbolik kunci rumah kepada Mohd Azhar Mat Hussin (tiga dari kanan) dan isteri pada Sesi Penyeraham Sinar Lestari YaPEIM di Kampung Aman, Kandis, Bachok pada Jumaat.

BACHOK - Masalah peribadi, kesihatan dan kewangan menjadi alasan utama 18 peratus jemaah haji yang terpilih menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini menangguhkan tawaran berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, bagaimanapun jumlah mereka yang menunda tawaran haji itu jauh berkurangan berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 50 peratus.

Iklan
Iklan

“Faktor peribadi dan kesihatan adalah alasan paling tinggi berbanding isu kewangan.

“Setakat ini rayuan menunaikan haji bagi mereka yang mahu memohon masih dibuka hingga Ramadan ini. Kita sudah bincang dengan Tabung Haji dan rayuan masih diterima," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan Sesi Penyeraham Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Aman, Kandis di sini.

Zulkifli berkata, pihaknya akan memastikan jemaah yang meminta penangguhan akan diganti dengan jemaah lain bagi memastikan kuota diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Iklan

Media tempatan sebelum ini melaporkan Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah haji 2026 berikutan keputusan negara itu untuk mengekalkan kuota sebanyak 31,600 jemaah.

Ia susulan kuasa mutlak bagi menentukan keputusan berkenaan terletak kepada Kerajaan Arab Saudi namun berharap ia mendapat kelulusan.