Worldwide Holdings agih bantuan Ramadan, tunaikan zakat RM2 juta

Iklan
Warga kerja Worldwide Holdings Bhd bergambar bersama Norazlina (tengah) semasa program diadakan di Mercu Worldwide Seksyen 13 pada Selasa.

SHAH ALAM - Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings), meneruskan tradisi tahunan Ramadan dengan mengagihkan bubur lambuk serta barangan keperluan asas kepada warga kerjanya di Mercu Worldwide Seksyen 13, di sini pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, program itu merupakan inisiatif tahunan syarikat sebagai tanda kesyukuran serta berkongsi rezeki bersama kakitangan termasuk mereka yang bertugas di tapak operasi seperti loji janakuasa dan projek waste-to-energy.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara sumbangan diberikan ialah beras, kurma dan bubur lambuk, selain bayaran bonus awal sebagai persediaan menjelang Aidilfitri.

“Alhamdulillah, setiap kali Ramadan dengan rezeki yang Allah berikan, kita dapat berkongsi dengan warga kerja. Kita bukan sahaja menyantuni kakitangan di ibu pejabat termasuk petugas keselamatan dan semua yang terlibat,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan menilai kemungkinan menambah lagi sumbangan sebelum akhir Ramadan sekiranya keadaan kewangan mengizinkan.

Dalam perkembangan sama, Worldwide Holdings turut menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor bagi tahun kewangan 2026 (haul 2025).

Iklan

Penyerahan zakat itu disempurnakan Norazlina kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.

Penyerahan zakat itu sebagai komitmen berterusan syarikat dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat serta menyumbang kepada pembangunan ummah di negeri ini.