NEW YORK - Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah selepas dua helikopter bertembung di udara di negeri New Jersey, timur Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, lapor Xinhua.
Insiden itu berlaku kira-kira 11.25 pagi waktu tempatan apabila Jabatan Bomba Hammonton bersama agensi bantuan berkaitan menerima laporan kejadian melibatkan penerbangan, menurut Ketua Polis Hammonton Kevin Friel seperti dipetik media tempatan.