LONDON – Britain kini berdepan gelombang 'selesema ganas' yang belum pernah berlaku, ketika kumpulan doktor residen merancang untuk melancarkan mogok selama lima hari pada minggu hadapan.
“Wabak itu melanda seluruh negara. Ia merupakan detik paling kritikal buat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS),” kata Perdana Menteri, Keir Starmer.
Iklan
Iklan
Jumlah kes melonjak sebanyak 55 peratus dalam tempoh seminggu, dengan purata 2,660 pesakit dirawat di hospital setiap hari.
Sementara itu, Pengarah Perubatan Kebangsaan NHS, Meghana Pandit, berkata mereka kini berdepan senario terburuk sejak pandemik Covid-19.
Menteri Kesihatan, Wes Streeting, turut memberi amaran bahawa angka jangkitan berkemungkinan meningkat tiga kali ganda sebelum mencapai kemuncaknya.
“Hospital di seluruh negara tidak lagi dapat menampung kebanjiran pesakit,” ujarnya.
Difahamkan, golongan muda dan individu yang mempunyai masalah kesihatan lebih berisiko dijangkiti. - Agensi