MyNIISe permudah urusan imigresen di BSI

Iklan
Orang tidak lagi perlu menunggu lama di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia di Bangunan Sultan Ibrahim (BSI), Johor Bharu dengan penggunaan MyNIISe.

JOHOR BAHRU - Pengguna harian laluan sempadan Malaysia-Singapura menyambut baik pelaksanaan aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) yang mula digunakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Bagi mereka, inisiatif berasaskan imbasan kod QR itu dilihat mempercepatkan pengesahan dokumen dan melancarkan aliran keluar masuk, terutama bagi mereka yang berulang-alik bekerja di Singapura setiap hari.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian di BSI mendapati orang ramai teruja dengan pengenalan sistem baharu tersebut kerana ia mengurangkan masa menunggu berbanding kaedah sebelumnya yang memerlukan pasport diserahkan untuk diimbas secara manual.

GURUBALAN

Iklan

Seorang pengguna tetap BSI, A. Gurubalan, 40, berkata perubahan itu memberi impak besar kerana beliau sebelum ini terpaksa menunggu lama di barisan hanya untuk mengimbas pasport.

Menurutnya, MyNIISe menjadikan proses perjalanan lebih pantas apabila pengguna hanya perlu memaparkan kod QR pada telefon bimbit.

Iklan

“Kalau waktu pagi dan petang memang ketara ramai orang yang bergerak ke tempat kerja atau nak pulang ke rumah. Tapi sekarang dengan aplikasi ini, senang.

“Tunjuk saja QR, tak sampai dua saat dah lepas. Memang senang dan jimat masa,” katanya yang menyifatkan aplikasi itu sangat membantu pengguna harian.

NIISe merupakan sistem baharu yang menggantikan MyIMMS bagi memastikan pengurusan imigresen lebih cekap, moden dan berintegriti.

Kaedah untuk memuat turun apliksi MyNIISe.

Sistem itu kini digunakan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan BSI, serta menawarkan ketepatan data lebih tinggi, proses pemeriksaan lebih lancar dan kawalan sempadan lebih kukuh bagi memastikan keselamatan negara berada pada tahap terbaik.

Pelaksanaan percubaan (trial run) Kod QR di KSAB dan BSI menandakan permulaan transformasi sistem imigresen negara melalui NIISe. Fasa percubaan merangkumi tiga mod utama, bermula dengan laluan kereta pada 22 September 2025, diikuti e-Gate motosikal dan e-Gate pejalan kaki pada 15 Oktober 2025. Tempoh percubaan itu diteruskan sehingga 28 Februari 2026.

Dalam masa yang sama, aplikasi MyNIISe turut memudahkan pelawat asing mengisi Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) secara terus melalui aplikasi tanpa perlu membuka laman web berasingan, sekali gus mempercepatkan proses pra-kemasukan ke negara ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohd Fazli Mohd Salleh menunjukkan kod QR bagi MyNIISe ketika melawat BS!, September lalu.

Usaha pendigitalan itu juga selari dengan aspirasi Malaysia Madani, manakala aplikasi MyNIISe kini tersedia di Apple App Store, Google Play dan Huawei AppGallery.

Bagi Farhannuddin Ab Razak, 25, penggunaan MyNIISe menjadi penyelesaian ideal bagi individu yang mengejar masa setiap hari untuk bekerja di Singapura.

FARHANNUDDIN

Beliau berkata sistem imbasan QR itu berfungsi jauh lebih lancar berbanding kaedah manual sebelum ini, sekali gus mengurangkan kesesakan di BSI terutama pada waktu puncak.

“Guna aplikasi ini memang lebih laju dan mudah. Bagi kami yang ulang-alik setiap hari, memang perlukan sesuatu yang cepat.

“Cuma saya harap talian internet sentiasa aktif terutamanya di laluan motosikal, kereta dan pejalan kaki supaya tiada gangguan semasa imbasan,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna, Syafiq Md Kassim, 35, berkata aplikasi itu bukan sahaja memudahkan urusan harian pekerja yang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura, tetapi turut membantu menyelesaikan isu kesesakan yang sekian lama menjadi cabaran utama di BSI.

FARHANNUDDIN

Menurutnya, jumlah pengguna yang boleh mencecah ratusan ribu pada waktu tertentu memerlukan sistem yang mampu mempercepatkan pergerakan, dan MyNIISe memenuhi keperluan itu.

“Biasanya mereka tergesa-gesa ke tempat kerja atau ketika pulang. Jadi bila ada MyNIISe, masa menunggu dapat diminimumkan dan pergerakan jadi lebih lancar.

“Secara keseluruhan, memang sangat membantu dan bila proses cepat, semua orang boleh bergerak lebih teratur,” katanya.