JAS Kelantan pantau aktiviti mendulang emas

Iklan
JAS Kelantan akan memantau aktiviti mendulang emas selepas kerajaan negeri membenarkan permohonan lesen dibuat bermula Januari ini bagi memastikan ia tidak menjejaskan alam sekitar. Gambar kecil: Wan Aminordin

KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan akan memantau aktiviti mendulang emas di negeri ini selepas kerajaan negeri memberi kebenaran dengan membuka permohonan lesen bermula Januari depan.

Pengarah negeri, Wan Aminordin Wan Kamaruddin menegaskan, aktiviti mendulang emas secara tradisional yang dibenarkan hanya melibatkan penggunaan dulang tanpa sebarang peralatan pam atau mesin.

Iklan
Iklan

"Kami akan menjalankan pemantauan bersepadu dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti itu tidak menjejaskan alam sekitar.

"JAS Kelantan sudah menyertai mesyuarat berkaitan garis panduan dengan pihak berkaitan bagi membincangkan perkara tersebut," katanya ketika sidang akhbar ketika ditemui sempena Minggu Ops Gerak Kebangsaan sempena Hari Ozon Sedunia 2025 di sini pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, sementara itu garis panduan mendulang akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kerajaan Kelantan meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi permohonan lesen mendulang emas di bawah Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001, sekali gus menetapkan hanya rakyat negeri ini sahaja dibenarkan memohon lesen berkenaan mulai Januari depan.

Iklan

Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, bayaran lesen ialah RM100 untuk tempoh setahun dan perlu diperbaharui.

Aktiviti mendulang hanya dibenarkan dari jam 8 pagi hingga 6 petang di kawasan tanah kerajaan yang akan diwartakan di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli yang sudah dikenal pasti mempunyai potensi emas.