Bongkah konkrit kuning halangan baharu di Gaza

Iklan
Penduduk di tengah Gaza sekali lagi terpaksa berpindah kerana penubuhan Garisan Kuning tersebut.

BANDAR GAZA - Ibrahim Farahat terpaku melihat bongkah konkrit berwarna kuning diletakkan di depan pintu rumahnya.

Dia kemudiannya menyedari rupa-rupanya dia kini berada di garisan sempadan berbahaya yang menandakan zon pengunduran tentera Israel.

Iklan
Iklan

Beberapa penduduk di kawasan kejiranan Shujaiya, timur Bandar Gaza juga berdepan keadaan serupa.

Mereka percaya objek itu telah diletakkan askar Zionis pada Khamis dan Jumaat malam, minggu lalu.

Iklan

Bongkah diletakkan di kawasan yang menjadi tempat berlindung sebahagian besar penduduk Palestin.

"Ia menghalang laluan masuk rumah kami. Sebelum ini, bongkah kuning ini dilihat berhampiran farmasi al-aqsa yang terletak sejauh kira-kira satu kilometer.

Iklan

"Kini, kedudukannya berubah dan bunyi tembakan juga semakin hampir dengan kawasan ini," ujar Farahat.

Di bawah perjanjian damai Hamas-Israel, tentera Zionis perlu berundur ke kedudukan di belakang Garisan Kuning (sempadan sementara) meskipun ia masih mengawal lebih sebahagian kawasan di wilayah Gaza.

Sejak gencatan senjata rapuh berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu, beberapa insiden tembakan ke atas penduduk Palestin yang melintasi zon tersebut dilaporkan.

Sejumlah penduduk di Shujaiya nekad meninggalkan tempat berlindung masing-masing kerana situasi keselamatan yang kian tidak menentu.

Tentera Israel meneruskan kempen mereka untuk 'menggerakkan' garisan tersebut ke bahagian barat.

Salah seorang daripadanya ialah Fadi Shafiq Hararah yang menjelaskan beberapa robot, kereta kebal dan kren turut ditempatkan di kawasan kejiranan tersebut.

"Ia satu cubaan jahat untuk menghalang kami daripada kembali ke rumah masing-masing. Tetapi, ke mana harus kami tuju?" soalnya.

Akram Jaradah juga berdepan situasi serupa dan ia merupakan perpindahan kali ke-16 sejak 7 Oktober 2023.

"Saya terpaksa ke sana sini dari utara ke selatan sejak lebih dua tahun lalu. Garisan Kuning itu sebenarnya bermakna tentera Israel mengukuhkan lagi kedudukan mereka di kawasan berkenaan dan ia mengancam keselamatan kami," katanya.

Langgar peta asal

Laporan Wall Street Journal pada minggu lalu mendedahkan Zionis telah menghantar pasukan tambahan dan memasang kemudahan bekalan air di sepanjang Garisan Kuning tersebut.

Tentera Israel gagal mematuhi syarat terkandung dalam perjanjian damai yang menghendaki pengunduran mereka dari zon tersebut selaras dengan perkembangan proses damai yang masih goyah di Gaza.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem mendakwa askar Zionis meneruskan kempen mereka untuk 'menggerakkan' garisan tersebut ke bahagian barat.

"Ia jelas melanggar peta asal dan bercanggah dengan kesepakatan yang dicapai sebelum ini.

"Penduduk Palestin sekali lagi terpaksa berpindah beramai-ramai akibat tindakan tentera Israel yang seperti cuba menakut-nakutkan mereka selain serangan udara dan bedilan artileri yang berterusan ke kawasan timur Gaza hingga meragut nyawa orang awam," jelasnya.

Penduduk di tengah Gaza sekali lagi terpaksa berpindah kerana penubuhan Garisan Kuning tersebut.

Terdapat laporan mendakwa penduduk Palestin ditembak mati apabila menghampiri Garisan Kuning tersebut yang kini digelar 'zon maut'.

Situasi di enklaf itu semakin tegang setelah Hamas dan Israel saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain mencabuli perjanjian gencatan senjata menjelang proses rundingan damai kedua di Kaherah. - AFP