Geng jenayah tersalah culik 'atok'

Iklan
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan geng tersebut menceroboh kediaman mangsa pada minggu lalu. Foto Agensi

SYDNEY - Seorang warga emas berusia 85 tahun menjadi mangsa penculikan oleh geng yang tersilap sasaran.

Dek kesilapan itu, pihak berkuasa Australia pada Isnin merayu penculik agar segera membebaskan Chris Baghsarian yang diculik dari kediamannya di pinggir bandar North Ryde di Sydney.

Iklan
Iklan

Menurut Komander Skuad Rompakan dan Jenayah Berat Andrew Marks, 'atok' Baghsarian tidak terlibat dalam mana-mana dunia jenayah.

"Saya sejuta peratus yakin mereka tersalah orang. Mereka perlu bebaskan segera 'atok' tersebut. Dia memerlukan rawatan perubatan harian dan keluarganya sekarang berada dalam keadaan tertekan," katanya.

Iklan
Iklan

Rakaman video dan gambar yang tersebar dalam 'sindiket jenayah' di Sydney menunjukkan Baghsarian mengalami kecederaan serius. - Agensi