TEL AVIV - Dua askar wanita Israel terpaksa diselamatkan selepas dikejar sekumpulan lelaki Yahudi ultra-ortodoks.
Rakaman yang menjadi tular menunjukkan kedua-dua anggota itu berlari cuba menyelamatkan diri ketika insiden kekecohan tersebut yang berlaku di bandar Bnei Brak.
Rangkaian media melaporkan serangan ganas itu berlaku selepas mereka menyangka askar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mahu menyampaikan perintah kerahan tentera.
Perkhidmatan tentera adalah diwajibkan kepada kebanyakan orang Yahudi, namun komuniti ultra-ortodoks telah sekian lama dikecualikan.
Langkah untuk melibatkan mereka telah mencetuskan kemarahan golongan tersebut.
Pemimpin agama Yahudi bagaimanapun mengecam tindakan keganasan itu yang menyaksikan pasukan polis antirusuhan terpaksa menggunakan bom pegun terhadap kumpulan berkenaan bagi menyuraikan mereka.
"Kira-kira 23 individu turut diberkas," menurut polis dalam satu kenyataan.
Difahamkan, seramai tiga anggota keselamatan cedera manakala sejumlah kenderaan polis menjadi sasaran perbuatan vandalisme.
Kedua-dua anggota IDF berkenaan dilaporkan sedang melakukan rawatan rasmi ke rumah rakan sepasukan mereka apabila konfrontasi itu tercetus. - Agensi