Bencana alam: Malaysia bakal senasib Jepun, Indonesia?

Iklan
Kekerapan dan impak kerosakan akibat banjir ekstrem di Lembah Klang, ia kini semakin tidak mengira musim dan memusnahkan harta benda serta nyawa. Gambar hiasan

DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan siri bencana alam yang membimbangkan. Di Aceh, Indonesia, banjir besar akibat ledakan ribut Senyar melumpuhkan banyak kawasan dan mengakibatkan angka kematian mencecah puluhan ribu.

Serentak itu di Jepun, gegaran gempa bumi kuat pada Selasa mengundang panik. Sekalipun jarak kejadian beribu kilometer jauhnya di tambah secara geografi Malaysia tidak terletak dalam laluan siklon tropika mahupun Lingkaran Api Pasifik, insiden bencana dahsyat ini hakikatnya memberi amaran keras tentang peningkatan risiko bencana alam di negara kita.

Iklan
Iklan

Kita mungkin berasa selamat di 'zon hijau' ini, namun hakikat sebenar, Malaysia tidak kebal. Buktinya kian jelas.

Fenomena yang dahulunya asing seperti kejadian angin puting beliung di kawasan Sijangkang dan Telok Panglima Garang di Selangor, kini menjadi realiti yang menakutkan.

Iklan

Begitu juga dengan kekerapan dan impak kerosakan akibat banjir ekstrem di Lembah Klang, ia kini semakin tidak mengira musim dan memusnahkan harta benda serta nyawa.

Dalam wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip baru-baru ini, beliau mendedahkan cuaca negara kini tidak lagi mengikut musim.

Iklan

Ini sebenarnya adalah satu wake up call yang perlu kita ambil serius. Beliau memberi isyarat jelas bahawa Malaysia bakal terdedah kepada ancaman dwi-bencana iaitu gelombang haba ekstrem yang menguji ketahanan kesihatan awam serta taburan hujan lebat luar biasa dalam masa yang singkat.

Jika kita terus leka, unjuran dalam tempoh dua dekad mendatang adalah suram. Malaysia berpotensi berdepan kenaikan paras air laut secara drastik yang mengancam kawasan pesisir dan pulau, sekali gus memaksa migrasi besar-besaran dan mengganggu bekalan makanan.

Ini bukan masanya untuk berpeluk tubuh. Bencana alam mega bukan lagi berita FYP yang melalui laman media sosial kita, tetapi ancaman baharu yang semakin condong mendekati kita. Kita perlu bertindak segera.

Jika tidak, tragedi di Aceh dan Jepun hari ini mungkin hanya 'mukadimah' kepada bencana yang menanti di laman kita.