Orang ramai diminta beri maklumat pengalihan penghadang di lokasi kemalangan SUV

Iklan
Jumaat lepas, sepasang bakal pengantin yang menaiki SUV dari arah Hulu Terengganu menuju ke Gua Musang maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah).

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Hulu Terengganu, baru-baru ini agar tampil membantu siasatan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana kawasan berkenaan telah ditutup dan dilengkapi langkah keselamatan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Kalau didakwa (tanda amaran dan penghadang konkrit itu) dialihkan, penting untuk kita tahu siapa yang mengalihkan itu... KKR memang tidak mengalihkan (tanda amaran dan penghadang konkrit itu), langkah berjaga-jaga memang kita buat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan KKR yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian sedang dijalankan mengikut tatakelola KKR namun pihaknya belum dapat memastikan pihak yang mengubah kedudukan penghadang keselamatan tersebut.

Iklan

"Kita belum tahu lagi... kalau sesiapa tahu, bagitahu kepada kita,” katanya.

Jumaat lepas, sepasang bakal pengantin yang menaiki SUV dari arah Hulu Terengganu menuju ke Gua Musang maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah).

Iklan

Polis sebelum ini memaklumkan faktor kecuaian dipercayai menjadi punca insiden itu sementara pemeriksaan mendapati tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kejadian telah dialihkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - Bernama