Hujan lebat enam jam punca banjir di Hulu Langat

Iklan
Penduduk meredah banjir di jalan utama di Kampung Sungai Serai. - Bernama

HULU LANGAT –Hujan lebat selama enam jam telah menyebabkan beberapa kawasan di Hulu Langat dinaiki air pada Khamis.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Batu 20, Nanding, Dusun Tua, Sungai Lui dan Batu 18.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata seramai 20 penduduk Kampung Dusun Nanding di sini dipindahkan ke tempat selamat selepas rumah mereka dinaiki air.

“Kita telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 9.14 pagi.

Iklan

“Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 20 kilometer,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi dan mendapati banjir berlaku di kawasan itu.

Iklan

“Paras air dianggarkan 0.3048 meter, namun trend air kini dilaporkan semakin menurun.

“Pihak Bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dengan menggunakan lori dan dibawa ke kawasan selamat,” ujarnya.