Tahfiz di Felda Bukit Aping Timur terbakar

Iklan
Keadaan pusat tahfiz yang terbakar di Felda Aping Timur, Kota Tinggi pada Isnin. - Foto tular

KOTA TINGGI – Sebuah pusat tahfiz di Felda Bukit Aping Timur di sini musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Rafi Mohd Nor berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 1.58 tengah hari.

Iklan
Iklan

Katanya, seramai 15 anggota bersama jentera FRT, EMRS dan utiliti dikejarkan ke lokasi bagi memadam kebakaran.

"Sebaik tiba, pihaknya mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah kekal berkeluasan 20 x 20 x 15 kaki yang dijadikan pusat tahfiz.

Iklan

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki serta dua pancutan. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Mohd Rafi berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.58 petang namun kerja pemadaman masih diteruskan.

Iklan

Pelajar tahfiz berkumpul di kawasan lapang di hadapan pusat tahfiz yang terbakar. - Foto tular

Jelasnya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid ketika dihubungi memaklumkan bantuan segera dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan disalurkan kepada tahfiz tersebut.

"Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi sudah diarahkan membuat semakan.

"Bantuan awal terutama keselamatan dan kebajikan anak-anak pelajar dan guru-guru yang terlibat akan disalurkan melalui MAIJ," katanya.

Sebelum itu tular video selama 12 saat menunjukkan kepulan asap hitam dari pust thfiz yang terbakar.

Video tersebut turut memaparkan pelajar berkumpul di kawasan lapang di hadapan pusat tahfiz.