Bas bawa 13 kakitangan KKM musnah 85 peratus dalam kebakaran

Iklan
Sebuah bas KKM terbakar berhampiran Kawasan R&R Senawang arah selatan di sini pada Rabu. Foto Bomba

SEREMBAN - Sebuah bas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbakar berhampiran Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Senawang arah selatan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, seramai 13 penumpang yang merupakan kakitangan KKM dan seorang pemandu, dilaporkan selamat.