Malaysia sebagai peneraju tenaga hijau di ASEAN: Dasar, peluang dan cabaran

Iklan
Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk memenuhi sasaran nasional yang lebih agresif dalam tempoh dua dekad akan datang

TENAGA boleh diperbaharui di Malaysia merupakan sektor yang semakin berkembang dan menjadi agenda utama dalam usaha negara mencapai ekonomi rendah karbon dan kelestarian tenaga.

Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk memenuhi sasaran nasional yang lebih agresif dalam tempoh dua dekad akan datang. Pelan Peralihan Tenaga Negara yang terbaru menetapkan hala tuju jelas untuk memperluas penggunaan tenaga hijau sebagai langkah untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.​

Iklan
Iklan

Malaysia mempunyai beberapa jenis sumber tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi besar, khususnya tenaga solar, hidroelektrik, biojisim, dan sedikit potensi geoterma yang sedang dikaji.

Walaupun pengembangan tenaga angin masih dalam fasa permulaan, negara ini memiliki kedudukan geografi yang sangat strategik di sepanjang garisan Khatulistiwa yang menjadikan tenaga solar sebagai sumber yang sangat efektif.

Iklan

Potensi tenaga solar Malaysia yang merangkumi pelbagai aplikasi seperti sistem solar bumbung, solar terapung di empangan, dan ladang solar berskala besar.

Selain itu, tenaga hidro Malaysia juga yang terdiri daripada hidro berskala besar dan mini hidro, yang boleh menjadi sumber tenaga bersih penting terutamanya di kawasan pedalaman.

Iklan

Potensi projek mini hidro mampu menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar dengan cara yang mesra alam dan mampu diperbaharui.

Selain daripada itu, biojisim dan biogas dari sisa pertanian seperti sisa sawit dan sisa pertanian lain sebagai bahan bakar. Ini merupakan sumber tenaga yang sangat strategik bagi Malaysia kerana industri kelapa sawit yang besar dan berterusan menghasilkan biomassa yang boleh dimanfaatkan.​

Untuk memperkukuh pelaksanaan tenaga boleh diperbaharui, Malaysia telah memperkenalkan beberapa dasar dan program yang menyokong pengembangan tenaga hijau.

Dasar Tenaga Negara (2022-2040) meletakkan kerangka pembangunan dan sasaran jelas terhadap peningkatan penggunaan tenaga hijau. Peningkatan penggunaan Tenaga Boleh Baharu dan Tenaga Hijau menambah momentum dengan menyediakan insentif, pembiayaan, dan sokongan teknologi.

Salah satu inisiatif utama adalah Green Technology Financing Scheme (GTFS) yang berfungsi untuk memberikan kemudahan pembiayaan kepada pelabur dan syarikat tenaga hijau, meningkatkan daya saing dan penawaran projek-projek tenaga boleh diperbaharui.​

Kerajaan turut melaksanakan program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) yang membolehkan syarikat swasta membeli tenaga hijau secara langsung daripada penjana tenaga, serta Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM) yang memudahkan komuniti kecil turut serta dalam penggunaan tenaga bersih.

Ini akan mempercepatkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu serta mengurangkan kesan alam sekitar daripada sumber tenaga fosil. Dengan tiada loji kuasa arang batu baru dibenarkan dibina, Malaysia menguatkan komitmennya dalam peralihan tenaga hijau bagi mencapai sasaran Net Zero Emission menjelang 2050.​

Namun, pengembangan tenaga boleh diperbaharui menghadapi beberapa cabaran utama. Kos pelaburan awal yang tinggi masih menjadi halangan utama, terutama bagi teknologi seperti solar dan geoterma. Keupayaan infrastruktur tenaga hijau juga perlu dipertingkatkan supaya bekalan tenaga berterusan dan boleh digunakan di seluruh negara tanpa gangguan.

Selain itu, kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap tenaga hijau masih perlu diperluaskan agar dapat mendukung pertumbuhan yang lebih drastik di masa depan.​

Dalam aspek teknologi, kemajuan terbaru dalam sistem solar dan teknologi penyimpanan tenaga bateri memberi harapan untuk mengatasi beberapa kekangan dalam penggunaan tenaga solar.

Penggunaan smart grid dan penyelesaian digital turut memperbaiki pengurusan tenaga hijau bagi memastikan penjanaan dan penggunaan adalah optimum.​

Kesimpulannya, Malaysia berada di tahap yang baik untuk mengukuhkan sektor tenaga boleh diperbaharui sebagai tulang belakang masa depan tenaga nasional.

Keupayaan sumber semula jadi yang kaya, dasar sokongan yang konsisten, dan penglibatan pelbagai sektor menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam tenaga hijau di ASEAN.

Mengatasi cabaran dengan strategi inovatif dan peningkatan kesedaran akan menjadikan tenaga boleh diperbaharui kekal relevan dan berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.​

Dengan pelaksanaan dasar yang menyeluruh serta inisiatif pelaburan hijau, Malaysia bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon tetapi juga membuka banyak peluang ekonomi baru dalam sektor teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui. Ini adalah komitmen penting menuju masa depan tenaga lestari dan berdaya saing.

 

*Profesor Dr Mohd Abdullah Jusoh ialah pensyarah dari Jabatan Pengurusan Logistik dan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.