Laporan awal bot karam dibentang di Mesyuarat Kabinet esok

Iklan
Saifuddin.

SEPANG - Laporan awal berkaitan tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan Malaysia–Thailand dekat Langkawi, kepada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu membabitkan beberapa isu yang mana tragedi itu juga menjadi tumpuan dunia.

Iklan
Iklan

"Saya diminta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sampaikan sebab ini kemungkinan membabitkan jenayah terancang, pemerdagangan manusia, dan pelbagai perkara (lain-lain isu berkait)," dalam ucapan PDRM Special Dialogue IV 2025 di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Awang Alik Jeman; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Iklan

Dalam pada itu Saifuddin menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa dan pasukan penyelamat yang terbabit dalam pengoperasian serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan kekuatan seramai 177 pegawai dan anggota.

"Saya mengucapkan syabas terhada anggota dan pegawai termasuk dari Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Iklan

"Itu semua kita aktifkan bilik gerakan dengan penggunaan teknologi radar dan sebagainya," katanya.

Terdahulu media melaporkan, sebuah bot dipercayai membawa 90 PATI daripada Myanmar, Bangladesh dan Rohingya pecah di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah dilaporkan berkata, bot itu adalah sebahagian daripada kapal besar yang membawa kira-kira 300 orang sebelum dihantar sindiket ke tiga bot kecil ketika menghampiri sempadan negara.

Pada Rabu media melaporkan, setakat ini jumlah mangsa bot karam yang ditemui meninggal dunia adalah 25 orang manakala 14 lagi selamat.