PRN Sabah: STAR umum 29 daripada 40 calon

Iklan
Jeffrey bergambar bersama barisan calon STAR ketika hadir majlis pengumuman calon STAR sempena PRN Sabah ke-17 pada Rabu. Foto Bernama

PENAMPANG - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengumumkan seramai 29 daripada 40 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, baki calon selebihnya akan diumumkan dalam masa terdekat selepas proses penilaian akhir diselesaikan sepenuhnya.

Iklan
Iklan

"Kita baru saja selesai mengumumkan 29 calon. Walaupun kita akan bertanding di sekitar 40 kerusi, proses pemilihan masih berjalan dan akan disiapkan dalam sehari dua ini.

"Kebanyakannya merupakan muka baharu, kecuali saya sendiri dan dalam senarai itu turut melibatkan calon wanita serta golongan belia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon STAR di Sokid Villa di sini pada Rabu.

Iklan

Jeffrey menjelaskan penilaian calon dibuat berdasarkan tiga kriteria utama iaitu calon yang bersih, berpotensi untuk menang dan mampu berkhidmat kepada rakyat.

"Kriteria pertama ialah mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Kedua, yang paling penting, mereka mesti boleh menang (winnable) dan ketiga, mereka perlu berkemampuan.

Iklan

"Yang lain itu tidak begitu penting. Kita mahu pastikan calon itu bersih, boleh menang, boleh bekerja dengan rakyat dan mampu menyampaikan perkhidmatan," katanya.

Ditanya mengenai ucapannya yang dilihat bimbang terhadap kemungkinan calon baharu berpaling tadah seperti yang pernah berlaku sebelum ini, Jeffrey berkata, beliau telah mengingatkan semua calon supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang cubaan ‘membeli’ mereka.

"Kamu boleh tafsirkan dengan apa cara sekalipun, tetapi itulah realitinya yang sedang berlaku sekarang. Kami hanya mahu memberi peringatan dan nasihat kepada mereka supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap,” katanya.

Jeffrey juga memaklumkan langkah pencegahan akan diambil termasuk meminta semua calon menandatangani surat akujanji.

“Ya, mereka akan diminta menandatangani perjanjian dan sekiranya melompat, mereka boleh dikenakan denda... mungkin jutaan ringgit," katanya.