Muncul kelompok 10 terbaik di Korea, wakil Pahang harumkan nama negara

Iklan
Mohd Zahrul muncul kelompok 10 terbaik dunia dalam kejohanan tersebut sekali gus menggharumkan nama Malaysia dan Pahang.

TEMERLOH - Nama Pahang sekali lagi harum di pentas antarabangsa apabila pemanah tradisional negara, Mohd Zahrul Shafiq Zahar, 39, berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia pada Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2025.

Meskipun berdepan saingan sengit 600 peserta dari pelbagai negara, Mohd Zahrul mempamerkan ketenangan luar biasa dan ketepatan bidikan yang mengagumkan, sekali gus mengangkat nama Malaysia di arena sukan memanah tradisional dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencapaian itu amat bermakna selepas melalui persiapan intensif selama beberapa bulan termasuk latihan teknik panahan jarak jauh dan penguasaan fokus mental.

Mohd Zahrul antara pemanah yang mewakili Malaysia di kejohanan tersebut. - Foto ihsan Mohd Zahrul

Iklan

“Saya tidak sangka mampu berada dalam kelompok 10 terbaik memandangkan peserta yang bertanding datang daripada negara-negara yang mempunyai tradisi kuat dalam memanah tradisional seperti Korea, Mongolia dan Turkiye.

"Namun saya bersyukur kerana segala usaha dan latihan berbaloi,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, kejohanan berkenaan menjadi pengalaman berharga bukan sahaja dari segi persaingan, tetapi juga sebagai platform pertukaran ilmu dan budaya antara pemanah dari seluruh dunia.

“Saya berharap pencapaian ini dapat membakar semangat anak muda di Pahang dan Malaysia secara keseluruhan untuk menceburi sukan memanah tradisional, yang bukan sahaja mencabar fizikal tetapi melatih disiplin serta fokus,” katanya lagi.

Mohd Zahrul yang berbanding dalam kejohanan itu di Korea.

Beliau yang juga ketua kontinjen negara memberitahu, seramai 47 menggalas cabaran negara dalam kejohanan tersebut.

Ujarnya, beliau akan terus fokus pada kejohanan lain untuk tahun depan, sekali gus mengharumkan nama Malaysia dalam sukan memanah tradisional.

Mula aktif dalam sukan itu sejak 2020, beliau juga pernah mewakili negara dalam temasya Sukan SEA bagi acara baseball dan softball sebelum beralih arah ke sukan memanah tradisional.

Mohd Zahrul juga pemanah kelab Langkuik Timur dengan latihan pusat di Bukit Lada di sini sejak beberapa tahun lalu.