Bekas MP Bersatu dedah 'permainan' Hamzah
Iklan
Syed Abu Hussin Hafiz (kanan) mendakwa Hamzah (kiri) mempunyai hasrat untuk menjatuhkan Muhyiddin daripada jawatan Presiden parti sejak sekian lama.
SHAH ALAM - Dua daripada enam ahli Parlimen daripada Bersatu yang mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin menggerakkan mereka untuk meninggalkan parti.
Dua pemimpin berkenaan iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) turut menyifatkan kenyataan pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof itu sebagai satu pembohongan.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Syed Abu Hussin mendakwa Hamzah ada mempunyai hasrat untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Presiden parti sejak sekian lama.
Bagaimanapun, tegas beliau, Hamzah enggan melawan Muhyiddin secara terbuka, sebaliknya cuba memberi tekanan secara tidak langsung agar Pengerusi PN mengundur diri secara sukarela.
Iklan
“Dia (Hamzah) hendak jatuhkan Muhyiddin, tetapi dia tidak mahu lawan.
“Saya pernah tanya mengenai Muhyiddin, dia (Hamzah) kata Muhyiddin ada masalah dengan Istana dan (kerajaan negeri) Sarawak. Jadi saya cakap biar saya jumpa Muhyiddin, minta dia letak jawatan (presiden).
Iklan
"Tetapi dia (Hamzah) kata jangan. Jadi 'game' Hamzah ni, dia hendak (jatuhkan Muhyiddin) tetapi dia tidak mahu lawan. Dia cuma hendak beri tekanan supaya Muhyiddin turun.
“Tetapi akhirnya Muhyiddin tidak letak jawatan,” katanya.
Dalam pada itu, Suhaili berkata, Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat tidak pernah terlibat atau tahu-menahu mengenai hasrat beliau bersama lima bekas ahli Parlimen Bersatu itu untuk beralih sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
“Kenyataan Pak Wan (Mohd Redzuan) itu tidak betul dan satu pembohongan. Datuk Seri Hamzah tidak pernah terlibat dengan (tindakan) kami berenam menyokong Anwar,” kata Suhaili.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>