Ketua Pemuda Pas kritik UniKL, nak konvo atau anugerah AJL?

Iklan
Foto tular suasana persembahan yang disifatkan seperti konsert itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet. Afnan Hamimi (kanan).

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengkritik penganjuran Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang berkonsepkan hiburan ala konsert kerana tidak mencerminkan suasana majlis akademik.

Afnan Hamimi berkata, persembahan nyanyian dalam majlis sebegitu tidak salah jika mahu menunjukkan keseronokan selepas berjaya menamatkan pengajian selama beberapa tahun namun perlu ikut kesesuaian.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, bukannya melihat graduasi melompat-lompat dan terkinja-kinja dalam dewan konvokesyen.

"Difahamkan dalam video itu UniKL, saya nak tanya hampa ini nak konvokesyen ke nak buat konsert Anugerah Juara Lagu (AJL) ? Sesuai ke majlis nyanyian terlompat-lompat macam itu.

Iklan

"Nak menyanyi, nyanyi lagu tradisi melayu yang memperlihatkan keilmuan. Belajar dapat ijazah ini tunjuk sikit ketinggian keilmuan," katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman persembahan hiburan sempena Majlis Konvokesyen UniKL Ke-23 yang berlangsung dari 21 hingga 26 November di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Iklan

Suasana persembahan yang disifatkan seperti konsert itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet mengenai kesesuaian elemen hiburan dalam sebuah majlis istiadat yang seharusnya mengangkat martabat ilmu.

Afnan Hamimi turut mempersoalkan keistimewaan istiadat konvokesyen sekiranya pengisiannya disertai persembahan sedemikian.

Jelasnya, sedangkan perkara itu tidak mempunyai keperluan dalam sebuah majlis akademik.

"Kena timbang dan tengok, patut semakin hari semakin matang. Ini semakin rosak.

"Mana pergi ilmu yang belajar selama ini, selain ilmu dalam kelas kena ada juga ilmu tentang adab dan budi. Hormat yang lebih tua, hormat mak dan ayah.

"Nama pun istiadat saya tengok banyak ahli-ahli akademik, para pensyarah yang mengkritik majlis nyanyian ini, terlompat-lompat," ujarnya.