'Saya tak nampak satu kerusi pun kosong' - Anthony Loke mahu momentum dikekalkan hingga PRU

Iklan
Anthony Loke berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang.

GEORGE TOWN - Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke memuji seluruh perwakilan DAP Pulau Pinang kerana bersemangat menghadiri Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang yang diadakan di sebuah hotel di Air Itam, di sini pada Ahad

Anthony berkata, semangat tersebut perlu dikekalkan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Iklan
Iklan

"Saya tak nampak satu kerusi pun kosong. Saya harap, inilah semangat yang perlu dibawa sehingga pilihan raya umum yang akan datang," katanya ketika memulakan ucapan perasmiannya.

Perwakilan DAP Pulau Pinang menghadiri Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang.

Iklan

Anthony sebelum itu tiba di Hotel Harris di sini pada jam 10 pagi dengan diiringi pemimpin tertinggi parti itu antaranya Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Penasihat DAP, Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Anthony dilaporkan berang selepas mendapati tahap kehadiran perwakilan DAP Selangor agak kurang memberangsangkan pada konvensyen parti itu di Shah Alam pada 22 November lalu.

Iklan

Katanya, pimpinan DAP Selangor perlu bertanggungjawab mendisiplinkan anggota parti berkenaan memandangkan ia kini bukan berada dalam keadaan selesa.

Beliau turut mengarahkan Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han menyemak dan menyerahkan senarai anggota yang tidak hadir pada konvensyen itu terutamanya pemimpin seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua kampung dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).